Friday, September 17, 2010

3 sebab berblogging 24 jamm



PEMBACA MENINGKAT
Bukan senang untuk menulis sesuatu yang diminati orang ramai kerana setiap orang diluar sana menerima sesuatu dengan cara masing-masing.  Tetapi apabila seseorang itu berjaya menulis sesuatu yang menjadi tarikan pembaca, bermulalah rasa berpuas-hati yang menjadi inspirasi kepadanya untuk menulis lagi. Dari hari ke hari, Blogger ini akan memerah otak untuk menulis mengenai sesuatu dengan kreatif supaya dapat menarik lebih ramai pembaca.  Semakin hari kadar pembaca semakin meningkat dan pencapaian itulah yang menjadi inspirasi kepada penulis. Bayangkanlah kehidupan seorang blogger yang menceritakan apa-apa sahaja kepada berjuta orang.


  DUIT
Setelah jumlah pembaca setiap hari begitu ramai, terbukalah pintu kepada para blogger ini untuk mula menghasilkan duit melalui blognya. Diantara cara yang popular digunakan ialah menyewakan ruangan iklan kepada pengiklan. Apabila mereka berjaya menjana wang pertama, mereka akan semakin bersemangat untuk berusaha lagi. Sudah ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan melebihi gaji pekerja-pekerja di luar. Mereka menjadikan Berblogging ini satu sumber pendapatan mereka yang paling mudah dan relax.


INSPIRASI
Sebab ketiga mereka berblogging 24 jam ialah kerana mereka sentiasa membandingkan blog sendiri dengan blog yang popular kerana inginkan Inspirasi.  Melalui inspirasi ini, mereka sentiasa ke hadapan dan tidak akan jatuh lagi melainkan wujud rasa dengki berbanding wujudnya inspirasi. Mereka yang mendapat inspirasi sentiasa belajar samada dari orang rendah ataupun tinggi. Inspirasilah yang menggerakkan kemahuan mereka untuk ke hadapan.

No comments:

Post a Comment